Friday 21 October 2011

Apa itu Ukhuwwah..?




>Macam mana kita nak realisasikan ukhuwwah kerana Allah tu? ni pun sbb ade org tnye... jwb gitu2 je ey...

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”

PERGH!memang hebat kalau betul kasih sayang sesama manusia memang berlandaskan Islam..
Teringat kisah muhajirin dan ansar..they are completely strangers among each other..tapi still,puak ansar boleh korbankan keselesaan dan apa yang mereka suka kepada golongan Muhajirin…MasyaAllah..macam mana lah pengorbanan tu di sisi Allah..tentu tinggi darjatnya..

Menurut Imam al-Ghazali,

Ada 4 kategori :

1-Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya

2.- Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu

3.- Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.

4.- Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.
Yang mana satu kategori ukhwah yang anda janjikan kepada sahabat anda?

Apabila anda berani meletakkan ukhwah anda dan sahabat-sahabat anda keranaNya,pasti ada cabaran yang menduga..
Mesti ada salah faham..
Terhasad dengki apabila si kawan dapat rezeki lebih..
Terasa apabila kawan tak sengaja menyakitkan hati kita..
macam-macam..
Namun,itu bukan alasan untuk tidak meletakkan Islam sebagai basic ukhuwwah..


Maybe this is all what i could say. diri sendiri pun tidak faham sepenuhnya.

~Salam Ukhuwah From Me & Uhibukki Fillah!~



*Ini ukhuwah kami!*


#Traffic Light New Generation!#